KEMAHIRAN LAIN DALAM BIDANG SETIAUSAHA

   


 Kemahiran lain juga penting dalam bidang kesetiausahaan pentadbiran. Hal ini kerana, setiausaha merupakan individu yang penting dalam memajukan syarikat atau organisasi tersebut. Antara kemahiran lain yang terdapat dalam bidang ini ialah:

1.  Kemahiran Bahasa Ringkas Rintas

        Kemahiran bahasa ini adalah penting, supaya seseorang setiausaha boleh menggunakan kemahiran ini dalam menyalin sebarang pesanan ataupun catatan yang perlu diambil oleh setiausaha dan boleh disediakan dengan begitu mudah, tepat dan pantas.

 

2.   Kemahiran Pentadbiran Pejabat

       Seorang setiausaha harus memahami fungsi- fungsi jabatan dalam sesebuah organisasi supaya beliau boleh mengambil alih tanggungjawab apabila majikannya tidak dapat menghadirkan diri ke pejabat. Ini adalah kerana seorang setiausaha dikenali sebagai orang paling utama bagi seorang ketua.


3.   Kemahiran Dalam Menyediakan Set Akaun

    Kemahiran dalam menyediakan set kewangan yang teratur dan tepat adalah amat penting bagi seorang setiausaha. Ini adalah kerana seorang setiausaha dikehendaki mengendalikan akaun yang berkaitan dengan maklumat peribadi ketuanya dalam bentuk:

Ø Belanja Tunai

Ø Pengeluaran Cek Peribadi

Ø Penggunaan Kad Kredit










 






 



  

Ulasan